Sunday, March 6, 2011

The Theme

Tahun ni makin hebat tema makan malam budak-budak UKM ni. Pendek kata memang power!

Glitz Glam, Rock Star vs Masquerade dan Andalusia.

Masa zaman dulu-dulu nampak sangat budak-budak UKM ni tak up lagi, senang cakap belum kena gelora sosialis, Justin Bibir dan Lady Gaga. Dah bukan main payah dah nak cari baju sekarang ni.

Tapi dari segi pengalaman, gua rasa tema yang paling power adalah tema yang dekat dengan semua orang. Yang semua orang pernah rasa.

Contoh tema budak-budak KIY. Klasik P Ramlee. Semua orang pernah tengok filem P Ramlee, kalau lu pakai baju P Ramlee pun orang boleh kenal.

Tapi kalau Rock Star tak kena la pulak dengan jiwa balada gua dan sesetengah kawan-kawan gua.

Biarlah kena tema yang dianjurkan. Jangan pihak penganjur fikir syok sendiri saja pula. Sebab pihak penganjur minat Liverpool, maka tema dinner dah jadi 'Berpegang pada Sejarah 19 kali kejohanan'. Macam gua yang tak minat Liverpool ni memang gelisah la macam ni.

Itu tak kira dari segi persembahan lagi. Semakin susah tema, semakin susah persembahan yang dipentaskan. Jadi, kalau tema yang dekat dengan kita, semua orang boleh tahu dan relate jadi kebarangkalian untuk sesebuah persembahan fail adalah sangat rendah.

Bagi gua tema ni penting. Kalau tak dinner akan jadi cliche. Namun, bagi gua tema yang power bukan yang meletop dari segi sebutannya.

Tapi dari segi senang susah pemahaman semua orang.

p/s : gua asal Korea, tak pernah pula gua lobi supaya tema dinner jadi korean delight. sebab gua kesian pada orang sini yang tak pernah rasa pergi korea.

fin.

2 comments:

wann afzan said...

memang tema nepal pun xpnah ade..bollywood ade ah

Nazrin Saad said...

ko selalu tulis benda yang aku payah nak faham. hurmmmm~~

hahahhaha!!