Thursday, March 3, 2011

Friends and Love Dont Mix (part 2.0)

Okay. Ini bahagian dua. Kali ni gua betul-betul boleh tahan emosi la juga.

Kawan gua pernah cakap walau siapa pun kawan kita pilih, kita kena sokong. Sebab dalam setiap hubungan cinta, mesti mereka jangka akan sampai ke jinjang pelamin, jadi kita mesti sokong.

Yahhhh, sokong!

Betul. Kalau kawan kita nak bercinta sampai kahwin kita kena la sokong. Walaupun awek atau balak dia kita tak suka.

Tapi permasalahan timbul apabila bila dah mula punya hubungan, bunga-bunga cinta berputik dan dunia sekarang adalah mereka yang punya.

Kawan-kawan ke tepi. Kamu hanya akan muncul bila permasalahan timbul. Itu saja.

Bagi aku, itu adalah sesuatu yang harus dicarut.

Jadi, buat pasangan yang mahu menabur benih-benih cinta di luar sana, sila sedar dunia ini bukan anda seorang saja yang tinggal.

fin.

2 comments:

wann afzan™ said...

ustat coklat as in kaler kulit mcm coklat?

Nazrin Saad said...

keh! keh! keh! kalaulah gua coklat, lu kategori apa pulak ye?