Thursday, March 24, 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Nak kata marah pun tak, kecewa mungkin.

Gua pelajar yang memperjuangkan kebudayaan. Spesifikasinya seni teater. Dan gua akui gua join benda ni atas dasar minat.

Dan tidak dapat juga gua nafikan ramai kawan-kawan gua yang sanggup bersengkang mata untuk mana-mana program kebudayaan join benda ni atas dasar minat.

Kadang-kadang menang. Kadang-kadang kalah. Itu adat. Kadang-kadang tak berbaloi dengan usaha. Tapi esok lusa datang lagi menabur bakti.

Bagi gua budak-budak gua memang unik. Sebab mereka ni tak kejar sijil. Bukan macam ahli program korporat yang lain. Ditarik atas dasar paksa dan bila program dah habis, cari sijil walaupun kerja macam lahanat.

Itu bukan budak-budak Kebudayaan.

***

Jadi gua rasa budak-budak ni memang deserve some sort of respect. Bukan mudah nak buat kerja mereka. Dan ingat, anda akan cari mereka bila perlu.

Tapi masalahnya bila anda tak perlukan mereka, anda menganak tirikan mereka. Apa hal?

Tolonglah. Mereka buat benda ni bukan atas sebab nak menyusahkan kau. Mereka buat sebab minat. Kau siapa nak halang minat mereka?

Mak bapak mereka?

Jadi, sila diam dan respek. Bukan aku minta duit, bukan aku minta sponsor sepertimana program-program korporat yang lain.

Aku cuma minta respek. Susah sangat ke? Kalau susah sangat pergi la mampus!

p/s : orang hanya akan respek kamu jika kamu mula respek pada orang.

fin.

5 comments:

say- O said...

memang klasik, malah dicengkam lagi dasyat.

ismeth said...

orang akan repek kamu klau kamu respek orang..tp klau ade yg lahanat gak x merespek org len cmne lak..dem ape jadah la yg aku tulis ni.

l said...

tag la yan berkenaan sekali.ngahahahaha

N.W.I said...

makan dalam!~
hahaah!~

Raw Honey said...

SOKONG