Wednesday, March 2, 2011

Imbasan Pekan Teater UKM 2011



Setelah 3 tahun meninggalkan kita, akhirnya PTU muncul kembali. Setelah 3 tahun tidak beraksi dalam pentas teater, kelab teater semua kolej kali ini berhempas pulas untuk memenuhi kriteria yang ada untuk dinobatkan selaku juara PTU kali ini.

Berikut adalah senarai pemenang PTU kali ini.
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA
Tempat ketiga disandang oleh TEKAd dengan naskhah Kipas Tangan, tempat kedua oleh KPZ dengan naskhah Terra Rossa dan juara PTU kali ini disandang oleh PRASADA dengan naskhah Bukan Dejavu.

***

Bagi aku, ada kolej yang mempunyai kesungguhan dan kemajuan jika dibandingkan dengan PTU yang lepas. Walaupun terdapat kolej yang tidak punya asas teater seperti KTSN, namun mereka berjaya menampilkan suatu karya yang berkualiti dan mampu menyampaikan mesej kepada penonton.

Namun, kebanyakan kolej pada kali ini mempunyai satu masalah yang paling ketara, yakni dari segi pengarahan dan olahan skrip.

Mana-mana pementasan sekalipun, pengarah adalah elemen penting yang akan dapat menyatukan pelakon, artistik dan sinografi menjadi satu pementasan yang dapat difahami oleh khalayak.

Walaupun pelakon berlakon dengan bagus, namun jika pengarah gagal menyampaikan naskhah dengan baik, maka susahlah bagi penonton untuk memahami karya tersebut.

Dalam pandangan aku, terdapat banyak naskhah yang baik di dalam PTU kali ini seperti Mayat, Fragmen Tolong, Kipas Tangan, Orang Kasar dan juga Jerjak. Namun, dek kerana olahan skrip yang sedikit berbeza dan lari dari konsep asal, tema sesebuah pementasan itu juga lari.

Dari segi lakonan, aku dapati ramai yang boleh berlakon walaupun konsep seperti blocking, masking dan levelling itu masih belum dapat digapai oleh sesetengah pelakon. Selain itu, kecenderungan pelakon untuk mengimprovasi dan hilang fokus di dalam pementasan juga merupakan salah satu kelemahan yang dapat aku kesan di dalam sesetengah pementasan.

Terdapat juga pementasan di mana sesetengah pelakon tenggelam oleh kerana salah seorang pelakon yang menonjol. Ini sebenarnya adalah bahagian tugas pengarah. Pengarah sepatutnya mengambil langkah untuk memastikan suatu babak itu stabil pengagihan watak dan perwatakannya.

Bagi aku, kemenangan besar PRASADA adalah sesuatu yang sudah dapat aku jangka. Kerana walaupun bilangan pelakon mereka adalah ramai, tetapi pengarah dapat membahagikan karakter secara adil, di mana tiada langsung pelakon mereka yang tidak menonjol di dalam pementasan ini.

Kesimpulan yang dapat aku capai melalui PTU kali ini adalah walaupun sesetengah kolej tiada asas teater, namun mereka masih berjaya mementaskan suatu karya yang kreatif dan menarik. Jadi aku dapat rasakan jika mereka mempunyai guru atau panduan kualiti PTU yang akan datang pasti akan menjadi lebih hebat.


Syabas buat pemenang PTU kali ini!

p/s : gua pernah berlakon sama dengan pelakon wanita terbaik UKM.

p/p/s : setiap pementasan dibuat dengan 100% komitmen dan titik peluh. jadi aku rasa tidak wajar jika kita menghina atau mengkeji mana-mana persembahan, let's say dengan cara ketawa jika mereka berbuat silap atau muka mereka tak lawa ketika pementasan.

fin.

3 comments:

say- O said...

good review.

mAi said...

dalam pic tu ade bdak comey ar..hee!!~
comey siot..

Nazrin Saad said...

yelah mai, ko memang comel. ko memang comel.

macam anak kucing lepas mandi.