Thursday, March 24, 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Nak kata marah pun tak, kecewa mungkin.

Gua pelajar yang memperjuangkan kebudayaan. Spesifikasinya seni teater. Dan gua akui gua join benda ni atas dasar minat.

Dan tidak dapat juga gua nafikan ramai kawan-kawan gua yang sanggup bersengkang mata untuk mana-mana program kebudayaan join benda ni atas dasar minat.

Kadang-kadang menang. Kadang-kadang kalah. Itu adat. Kadang-kadang tak berbaloi dengan usaha. Tapi esok lusa datang lagi menabur bakti.

Bagi gua budak-budak gua memang unik. Sebab mereka ni tak kejar sijil. Bukan macam ahli program korporat yang lain. Ditarik atas dasar paksa dan bila program dah habis, cari sijil walaupun kerja macam lahanat.

Itu bukan budak-budak Kebudayaan.

***

Jadi gua rasa budak-budak ni memang deserve some sort of respect. Bukan mudah nak buat kerja mereka. Dan ingat, anda akan cari mereka bila perlu.

Tapi masalahnya bila anda tak perlukan mereka, anda menganak tirikan mereka. Apa hal?

Tolonglah. Mereka buat benda ni bukan atas sebab nak menyusahkan kau. Mereka buat sebab minat. Kau siapa nak halang minat mereka?

Mak bapak mereka?

Jadi, sila diam dan respek. Bukan aku minta duit, bukan aku minta sponsor sepertimana program-program korporat yang lain.

Aku cuma minta respek. Susah sangat ke? Kalau susah sangat pergi la mampus!

p/s : orang hanya akan respek kamu jika kamu mula respek pada orang.

fin.

Monday, March 14, 2011

Ada 1 Teka-teki

Dalam banyak-banyak van, van apa paling power?


Betul. Hari tu van ni memang power. Power sangat. Tapi sedar tak sedar ada van lagi power dari van yang kat atas ni.



Sedarlah umat manusia!!

fin.

Wednesday, March 9, 2011

Cintaku Tertinggal di Incheon




Banyak benda yang gua nak tulis sebenarnya dalam karangan kali ni. Jadi gua jadi semangat nak tulis dalam point form pula. Dulu karangan di sekolah cikgu cukup pantang karangan point form ni. Tapi gua tak ada hal. Gua kan power.

1. Bila pinjam barang kena lah ada adabnya. Minta elok-elok, pulangkan elok-elok. Kalau lu pinjam pensel, lu kena tanya boleh tak, lu tak guna ke dan apa jadahnya lagi. Jangan terus ambil pensel member cucuk masuk dalam lubang hidung lu. Apa kejadahnya gitu?

Lagi satu, gua rasa cukup pantang bila orang jenis baik-baik bila member ada harta ja. Bila nak talipon, bila tak perlu diam terus. Jangan tanya dah makan ke belum, budak tu mati kena gigit lipan pun lu tak ambil peduli.

2. Tak tahu tanya. Bukan susah pun, semua orang bermula dengan bertanya. So tak adalah lu buat benda jadi macam celaka. Nanti lu juga dapat malu ye dak? Kelebihan setiap orang lain-lain jadi apa salahnya lu bertanya?

3. Biasakan cakap terima kasih bila orang dah tolong. Tak payah bayar, tak payah keluar tenaga banyak. Lu dapat pahala, orang yang menolong rasa dihargai. Jangan pula bersikap macam lembu, dah berak blah. Langsung dah tak ambil peduli pasal orang yang tolong lu. Jadi orang yang menolong ni juga nak kena bersihkan semak lu?

4. Jangan biasakan maki orang depan khalayak ramai. Orang ada maruah juga. Kesian orang kena maki. Lu nak kena maki juga? Tak kan?

5. Gua buat deal dengan kawan gua. Walaupun dia tak setuju, tapi gua nak ambil kira juga deal ni sebab ini deal orang lelaki yang gagah, bergaya dan seksi. Selagi kawan gua tak menulis atau meluahkan benda yang menyebabkan gua menyoal isu peribadi dia, maka gua tak akan berbuat demikian. Deal. Kalau dia tak setuju lantak dia lah.

6. Syabas buat AJK diner KDO kali ni. Gua pernah join diner, gua tahu susah payah buat kerja. Baca : buat kerja. Kalau tak buat kerja jangan perasan ini untuk lu.

7. Sepertimana yang gua jangkakan ramai gadis cantik berebut nak tangkap gambar dengan gua malam tadi.

Ini bukan gadis cantik. Ini ipar kategori menara kos murah.

Gua dah lama tak tulis entri sinis yang kelakar-kelakar. Sebab apa? Sebab gua lebih mudah beremosi sekarang ni.

Mungkin gua perlu pulang ke Pulau Jeju bagi sesi isterirehat.

p/s : arsenal kalah, apa ada hal?

fin.

Sunday, March 6, 2011

The Theme

Tahun ni makin hebat tema makan malam budak-budak UKM ni. Pendek kata memang power!

Glitz Glam, Rock Star vs Masquerade dan Andalusia.

Masa zaman dulu-dulu nampak sangat budak-budak UKM ni tak up lagi, senang cakap belum kena gelora sosialis, Justin Bibir dan Lady Gaga. Dah bukan main payah dah nak cari baju sekarang ni.

Tapi dari segi pengalaman, gua rasa tema yang paling power adalah tema yang dekat dengan semua orang. Yang semua orang pernah rasa.

Contoh tema budak-budak KIY. Klasik P Ramlee. Semua orang pernah tengok filem P Ramlee, kalau lu pakai baju P Ramlee pun orang boleh kenal.

Tapi kalau Rock Star tak kena la pulak dengan jiwa balada gua dan sesetengah kawan-kawan gua.

Biarlah kena tema yang dianjurkan. Jangan pihak penganjur fikir syok sendiri saja pula. Sebab pihak penganjur minat Liverpool, maka tema dinner dah jadi 'Berpegang pada Sejarah 19 kali kejohanan'. Macam gua yang tak minat Liverpool ni memang gelisah la macam ni.

Itu tak kira dari segi persembahan lagi. Semakin susah tema, semakin susah persembahan yang dipentaskan. Jadi, kalau tema yang dekat dengan kita, semua orang boleh tahu dan relate jadi kebarangkalian untuk sesebuah persembahan fail adalah sangat rendah.

Bagi gua tema ni penting. Kalau tak dinner akan jadi cliche. Namun, bagi gua tema yang power bukan yang meletop dari segi sebutannya.

Tapi dari segi senang susah pemahaman semua orang.

p/s : gua asal Korea, tak pernah pula gua lobi supaya tema dinner jadi korean delight. sebab gua kesian pada orang sini yang tak pernah rasa pergi korea.

fin.

Friday, March 4, 2011

Hidup Demi Cinta

Ini bukan cerita Hindustan yang berpegang teguh pada ajaran cinta adalah segala-galanya. Ini bukan cerita asal kamu jumpa cinta sejati boleh tinggalkan keluarga dan kawan-kawan, nescaya kamu hidup bahagia.

Bukan. Ini dunia sebenar.

Ada aku, kau dan mereka yang tinggal bersama.

Manusia hidup sebab oksigen dan makanan, bukan sebab cinta.

Aku bukan orang pesimis tentang cinta, tapi cinta cinta juga, hidup kena terus.

Lainlah kalau kamu bercinta atas pulau terpencil di mana tiada orang lain selain kau, dia dan pelanduk serta pucuk paku.

fin.

Thursday, March 3, 2011

Friends and Love Dont Mix (part 2.0)

Okay. Ini bahagian dua. Kali ni gua betul-betul boleh tahan emosi la juga.

Kawan gua pernah cakap walau siapa pun kawan kita pilih, kita kena sokong. Sebab dalam setiap hubungan cinta, mesti mereka jangka akan sampai ke jinjang pelamin, jadi kita mesti sokong.

Yahhhh, sokong!

Betul. Kalau kawan kita nak bercinta sampai kahwin kita kena la sokong. Walaupun awek atau balak dia kita tak suka.

Tapi permasalahan timbul apabila bila dah mula punya hubungan, bunga-bunga cinta berputik dan dunia sekarang adalah mereka yang punya.

Kawan-kawan ke tepi. Kamu hanya akan muncul bila permasalahan timbul. Itu saja.

Bagi aku, itu adalah sesuatu yang harus dicarut.

Jadi, buat pasangan yang mahu menabur benih-benih cinta di luar sana, sila sedar dunia ini bukan anda seorang saja yang tinggal.

fin.

Give and Take

Bukan senang nak ada relationship yang power. Sungguh. Kawan gua pun tak ramai yang ada hubungan yang power. Paling hebat 2, 3 tahun lepas tu mula la goyah. Kalau nasib kurang baik, boleh putus macam tu saja.

Ini gua ada cakap pada junior gua, Wahida. Dan dia minta aku bagi contoh.

Nak bagi mudah ayatnya, give and take ini sama ertinya seperti bertolak ansur. Tapi aku lebih kerap guna give and take kerna kata-katanya lebih terus dan tidak bersimpang siur.

Contoh, kau melarang teman kau keluar lebih pada jam 12 malam. Dan teman kau patuh dengan syarat kau juga tak boleh keluar lebih jam 12. Itulah namanya give and take.

Dalam suatu hubungan lagi banyak kau amalkan give and take ini, lagi senang untuk keserasian itu digapai. Dan jika ianya diamalkan dengan kejujuran, maka dengan senangnya sebuah hubungan yang teguh dapat dinilai di sini.

Gua adalah hasil yang gagal dalam setiap hubungan yang gua jalin. Tapi gua belajar dan terus belajar dari setiap kegagalan gua.

Kalau gua buat silap, gua minta maaf.

Kalau kawan gua buat silap, gua tegur. Dan kalau dia buat tak peduli gua cakap pergi mampus sebab dia bukan kawan yang baik.

Itu nilai sebuah hubungan. Tiada ego yang tak berpatutan. Tiada satu pihak yang betul sepanjang masa.

Dan ya, aku benci seorang ego yang asyik memikirkan dia betul di dalam sesebuah hubungan. Pergi mampus.

p/s : dalam sebuah hubungan, jangan kerap menipu. dan kalau nak menipu sila tipu dengan penipuan yang logik. ya, jika mahu tipu aku sila tipu aku dengan keadaan yang logik. i lied to people all the time. and i can see a liar when i saw one.

fin.